Jika kita kecewa, sedih, dunia terasa sempit. Ingatlah kematian.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ ، فَمَا ذَكَرَهُ عَبْدٌ قَطُّ وَهُوَ فِي ضِيقٍ إِلا وَسَعَهُ عَلَيْهِ ، وَلا ذَكَرُهُ وَهُوَ فِي سَعَةٍ إِلا ضَيِّقَهُ عَلَيْهِ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Perbanyakkan mengingati pemutus kelazatan (iaitu kematian). Tidaklah seseorang hambar itu mengingatinya ketika dia dalam kesempitan melainkan akan dilapangkan untuknya. Tidaklah seseorang mengingatinya ketika dia dalam kesenangan melainkan akan disempitkan untuknya.
[Sahih Ibn Hibban, Kitab al-Janaiz, hadis no: 3069]
Dinukilkan dalam kitab az-Zuhd oleh Imam Ibn al-Mubarak:
مَنْ أَكْثَرَ ذِكْرَ الْمَوْتِ قَلَّ فَرَحُهُ ، وَقَلَّ حَسَدُهُ
Sesiapa yang banyak mengingati mati, akan sedikit kegembiraannya, dan sedikit perasaan hasadnya.
Imam al-Qurtubi menukilkan dalam at-Tazkirah, ad-Daqqaq berkata:
و قال الدقاق : من أكثر من ذكر الموت أكرم بثلاثة أشياء :
Sesiapa yang banyak mengingati mati, akan dimuliakan dengan tiga perkara:
تعجيل التوبة
1) Segera bertaubat
وقناعة القلب
2) Hati yang merasa cukup
ونشاط العبادة
3) Kerajinan untuk beribadah.
و من نسي الموت عوقب بثلاثة أشياء :
Sesiapa yang lupa kepada kematian, akan dihukum dengan tiga perkara:
تسويف التوبة
1) Menangguhkan taubat
وترك الرضى بالكفاف
2) Meninggalkan rasa ridha dan cukup
والتكاسل في العبادة
3) Malas dalam beribadah.
Marilah kita mengingati kematian agar jiwa kita lapang dengan ujian keduniaan.